Sabtu, 6 Jun 2009

Memori Tanpa Tajuk...

Kenangan Lagu Tiga Kupang, dan Lalakan Di Pondok Buruk...





Kini umur Roy 20 tahun. Roy kini mula sedar yang dia selalu tanya diri sendiri tentang dirinya. Roy seolah tak percaya yg dirinya kini berumur 20tahun. "betul ke aku ni dah 20 tahun? Tapi kenape tak rase mcm 20 tahun pon?" desas Roy dalam hatinya kapan kali.

Roy anak kelahiran sepasang suami isteri pekebun ladang getah sudah tegar dan lali dengan suasana kampong yang sunyi. Sjak kecil lagi, dia telah diajar untuk tidur di kebun getah seawal 3-4 pagi. Bertemankan asap ubat nyamuk Fumakilla Kepala Gajah dan pelita gasolin, dia tidur di pondok kecil yang dibina ayahnya. "Eee.. bila la abah nak buat rumah betul-betul kat ladang nih? Pondok ni dah la buruk," keluh Roy dengan fikiran jahil,kebudak-budakan dan tanpa syukurnya.

Sering kali Roy akan menangis untuk menidakkn arahan ibunya untuk bangun dari tilam empuk dan selimut hangatnya, tetapi apakan daya, seraya mendengar suara ayahnya, lidahnya terkelu dan terikat diam, seolah2 arahan itu adalah arahan Dewa yang jika diingkari, maut menimpa.


Roy masih ingat, dengan mulut terkunci, hanya matanya yg berlinangan dapat memberitahu betapa terseksanya dia mengikut arahn yg tak pernah disukai. Sewaktu itu Roy hanyalh budak hingusan berumur 3 tahun yg lebih rela menyedut mukus dari trakeanya daripada menghembusnya.

Lagu tiga kupang,
Saku penuh padi,
Lima ekor burung,
Masuk dalam kuali,
Bila sudah masak,
Burung nyanyi saje,
Tentu sudah mask,
Beri pada Raja,

Raja dalam rumah,
Buat kira-kira,
Suri dalam dapur,
Makan roti gula,

Dayang tepi kolam,
Mahu uli tepung,
Datang burung hitam,
Patuk batang hidung,hidung,hidung....


Tak pernah lekang dari ingatan Roy lagu zaman kecilnya. Lagu yang menemani sunyi Roy tatkala menemankan ibunya menoreh batang getah.
"Amboi, sedapnya suara anak emak sorang nih" puji ibu Roy sambil menoreh batang pokok getah demi mencari rezeki.

Roy masih ingat juga, ketika itu dia cuba menarik perhatian ibunya dengan menyanyi lagu Inggeris,tetapi yang keluar dari mulutnya,

Twinkle twinkle little star,
how i wonder what u are..
Up above lalalala....
lalalalalalalala...


ulang dan ulang tanpa penghabisan kerana dia tidak tahu lirik lagu yang sepenuhnya....


2 b kontineu.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

buah otak: